PERTANDINGAN TARIAN SATU MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PENUTUP HARI WILAYAH 2011


PERTANDINGAN TARIAN SATU MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PENUTUP HARI WILAYAH 2011
Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Tempat : Dataran Labuan, WP Labuan
Masa : 8:00 Malam

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TARIAN SATU MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PENUTUP HARI WILAYAH 2011

1. SISTEM PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada kampung-kampung dan sekolah menengah di Labuan yang mana pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori

i) Kategori Kampung-Kampung
Ii) Kategori Sekolah Menengah

2. PENYERTAAN

2.1 Tidak kurang daripada sepuluh (10) orang dan tidak lebih daripada empat belas (14) orang penduduk kampung dan pelajar sekolah menengah.

2.2 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada lelaki dan perempuan.
2.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan CD Tarian sahaja ataupun mengunakan iringan muzik secara Live.
2.4. Setiap pasukan juga tidak di benarkan mengunakan khidmat penari Perbadanan Labuan dari segi kereogarafi ataupun pengubahan muzik.
2.5 Jika peryertaan melebih daripada 5 kumpulan dari setiap kategori,maka sarigingan awal akan dibuat dan akan dimaklumkan kemudian.
3. PERSEMBAHAN
3.1 Kategori
Tarian Satu Malaysia yang melibatkan suku kaum Melayu,Cina,India,Orang Asli dan Etnik Sabah Sarawak ( Min 5 Gabungan )
Masa : Tidak kurang 7 minit dan tidak lebih 10 minit.
3.2 Permotongan masa
Masa kurang daripada 7 minit – tolak 5 markah.
Masa lebih daripada 10 minit – tolak 5 markah
3.3 Jangka masa persembahan mula dikira apabila penari pertama keluar dan
bukannya pada permulaan muzik dan berakhir apabila semua peserta membuat persembahan terakhir.


3.4 Tarian yang dipersembahkan hendaklah mempunyai tema tarian Satu
Malaysia dan mesej yang jelas.

3.5 Gerak laku yang berunsur negatif dan sensitif seperti pemujaan unsur-
unsur keagamaan dan Politik adalah dilarang sama sekali.

3.6 Peserta dilarang keras mengambil Alkohol ataupun sebarang jenis Dadah
4. PERMARKAHAN
Kategori (Tarian Satu Malaysia)

- Kretiviti persembahan – 35 %
- Koordinasi muzik dan gerakan – 10 %
- Nilai estitika - 15 %
- Keceriaan - 20 %
- Busana dan tatarias - 20 %

MARKAH PENUH – 100 %
5. PENGHAKIMAN
5.1 Dihakimi oleh tiga (3) orang hakim dengan seorang ketua hakim.
5.2 Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
5.3 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
5.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
6. KATEGORI HADIAH
6.1 Kategori A (Sekolah Menengah)
*Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan 2 Saguhati)
6.2 Kategori B (Kampung-Kampung)
* Johan, Naib Johan,Tempat Ketiga dan 2 saguhati)

*Tarikh tutup penyertaan pada 28hb januari 2011*

*Untuk keterangan lanjut sila hubungi En.Rosdinsah Rosmin
tel.087462919 / HP 0168467233*

*Satu wilayah persekutuan menjuarai transformasi*

*********************************************************************************
Muat turun Borang dan syarat-syarat Pertandingan Tarian 1 Malaysia sempena Majlis Penutup Hari Wilayah 2011

0 Comments

Comment